Resep Kue Garing

Kumpulan Resep Seputar Kue Kering dan Kue Basah

Idea Juadah Makan Tengahari

Assalamualaikum.... - Hari ini hujan sejak awal pagi lagi hingga sekarang masih belum ada tanda2 berenti.Mavam hujan musim banjir.Kalau hujan perut lapar...dah ada ide ake tu nak masak apa untuk hari ini.Okey saya kongsikan idea untuk juadah hari ini.Asam Pedas Ikan Nyok Nyok, Sambal Sotong, Sayur Kubis Goreng Cendawan Tiram dan Ayam dan Ikan Goreng.Simple2 jer hidangan kami.Takdelah penuh meja.Sebab tak ramai.Kadang2 tu satu lauk berkuah, sayur dan telur dadar jer.Buntu jugak tak tahu nak masak apa..Resepi ni semua ulang siar jer...

Idea Juadah Makan Tengahari

Serba ringkas asal ada kuah,ada ayam orait la tu heheee...Asam Pedas Nyonya bila sejuk sedikit kuahnya makin pekat.Saya snap terus lepas siap masak.Kalau perangat lagi sedap.Hampir sama dengan Asam Pedas Melaka cuma yang tak ada rempah.

ASAM PEDAS NYONYA

Sumber : Chef Florance Tan 

Bahan-Bahan: 

  • 4 keping ikan tenggiri (kali ni guna ikan nyok2)
  • 1 kuntum bunga kantan - belah 2 
  • sedikit daun kesum 
  • Air asam jawa secukupnya 
  • 1 kiub ikan bilis 
  • 8 biji kacang bendi 
  • 1 biji buah tomato (belah 4) 
  • minyak utk menumis 
  • garam dan gula/perasa 

Bahan Kisar: 

  • 5 sudu besar cili kisar 
  • 8 ulas bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 3 biji buah keras 
  • 2 batang serai - ambil bahagian lembutnya sahaja 
  • 2 cm lengkuas 
  • 2 cm halia 
  • 2 cm kunyit hidup 
  • sedikit belacan

Cara Membuat: 

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik minyak dan bertukar warna dari kuning merahan menjadi pes berwarna merah menyala. Ini memakan masa agak lama, menggunakan api perlahan dan sentiasa kacau supaya tidak hangit di bawahnya. 
  2. Kacau sekejap masukkan bunga kantan apabila dah naik bau masukkan air asam jawa, kiub ikan bilis, ikan dan air secukupnya.
  3. Renehkan sebentar hingga kuah agak pekat 
  4. Rasakan garam, bila ikan hampir masak boleh lah masukkan kacang bendi dan daun kesum dan tomato 
  5. Didihkan 2-3 min boleh lah diangkat.

Untuk Resepi Sambal Sotong ada youtube jugak.Resepi sama jer ulang2 hahaaa

Sayur kobis tu campak2 jer...korang reka sendiri la..Malas nak menaip hehee...Ayam goreng tu saya letak serbuk kunyit, garam dan serbuk kari siketttttt..Itu jer.Biasa2 jer
Disqus Comments

Popular Post