Resep Kue Garing

Kumpulan Resep Seputar Kue Kering dan Kue Basah

Asam Pedas Melaka Resepi Sedap Kuah Pekat

Assalamualaikum... - Mula mula saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung blog TMK anda semua adalah tetamu kehormat blog kesayangan saya.Alhamdulillah page views TMK sudah melepasi 16 juta...bagi saya blogger picisan ni, itu satu angka yang cukup besar..yang memberi semangat untuk terus berkarya (berkarya la sangat pada hal masak jer pun hahaaa) Berkarya tu termasuk buat video upload kat youtube heheee..Haa korang dah subscribe ke belum tu?Kalau belum subscribe, berbuatlah demikian cecepat...Kalau tak, saya tak mau kawan dengan korang..
Asam Pedas Melaka Resepi Sedap Kuah Pekat

Wokey..hari ni saya nak kongsikan resepi Asam Pedas Melaka yang tak tahu berapa kali dah ulang siar dalam TMK ni...yang offline pun tak terkira dah ulangsiar..Tu nak habaq bagi punya banyak kali repeat.Mau tau la kan kalau dok ulang2 tu?Sedap sungguh baq ang.Asam Pedas Melaka ni kuahnya pekat2 dan berempah siket berbanding dengan Asam Pedas Utara (Asam Rebus/Asam Rebuih Penang) tekak saya boleh jer makan kedua2 versi ni...Kalau Asam Pedas Melaka lagi sedap kalau yang perangat tambah kalau yang buat semalam perangat hari ni perggggg...sedap sungguh la..kuah pekat melekat gitu.Dalam gambar ni saya snap terus lepas masak, sebab yang ni saya buat youtube so, kena setelkan cepat2..Malas nak ulang keje 2-3x.Kalau biar lama siket mesti kuahnya nampak likat siket.



Asam Pedas kegemaran anak2.Posing dalam pinggan klasik gitu hehee.Resepi ni banyak kali dah saya buat,so tak tengok sangat resepi.Kalau ada bahan yang terjun awal (dalam video)kira halal jer la.Campak2 jer tu..Yang penting bahan dan resepinya adalah sama.


Asam Pedas Melaka Resepi Sedap Kuah Pekat


RESEP ASAM PEDAS MELAKA


Bahan-bahan


  • 4 keping ikan pari/apa2 ikan yang sesuai


Bahan kisar:


  1. 3 biji bawang merah
  2. 10 biji cili kering
  3. 1/2 in halia
  4. 1 sudu teh jintan manis (serbuk)
  5. 1 sudu teh jintan putih (serbuk)
  6. 1/4 sudu teh lada hitam
  7. 1/2 in kunyit hidup (1/2 sudu teh serbuk kunyit)
  8. 2 ulas bawang putih
Asam Pedas Melaka Resepi Sedap Kuah Pekat

Bahan tumis:

  1. 1/2 bawang besar-hiris
  2. 1 sk halba
  3. 1/4 sudu teh biji sawi
  4. 1/4 sudu teh halba
  5. 2 tangkai daun kari
  6. air asam jawa secukupnya
  7. air secukupnya
  8. 1 biji tomato-potong2
  9. 5 biji kacang bendi
  10. 1 serai-diketuk
  11. bunga kantan atau daun kesum secukupnya
  12. minyak masak
  13. garam dan gula jika suka

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, tumis bahan bawang besar, daun kari, halba,biji sawi hingga wangi dan bawang besar sedikit layu.
  2. Masukkan bahan kisar, tumis lagi biar pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.
  4. masukkan garam dan gula, biar hingga masak hidangkan.
Disqus Comments

Popular Post